Sunday, November 6, 2011

Fotografi merupakan sebuah media yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu karya atau momen penting ,melalui fotografi juga mengundang peribahasa ” Jauh Perjalanan luas Pandangan “,melalui sekeping gambar boleh memberi seribu kenangan. Semakin jauh melangkah l banyak pengalaman yang di tambah.Kenangan demi kenangan akan terpahat indah di dalam memori sanubari.Melalui sekeping gambar akan mengocakkan jiwa seseorang,dan menjangkau kezaman lampau menembusi ruang waktu,zaman kanak kanak yang penuh dengan kenangan yang indah,sedih dan gelak tawa
Foto merupakan sesuatu benda yang menarik untuk dilihat dan diamati dan lebih mudah diingati jika dibandingkan dengan apa jua jenis coretan. Iajuga memiliki nilai dokumentasi yang tinggi keranan mampu merakam sesuatu yang tidak mungkin akan berulang kembali.Umpamanya sesuatu peristewa yang berlaku didalam sesebuah keluarga saperti persandingan pengantin,didalam media media berita dan apa jua yang berlaku dapat digambarkan didalam sesebuah photo.
Seni pada fotografi sama seperti cabang seni yang lain tidak terikat dengan apa jua fungsi dan merupakan media ekspresi atau simbol diri.Seni pada fotografi sering disebut “Fine art“.Karya seni yang berkualiti akan membawa perasaan dan fikiran anda dalam bentuk visual yang tidak pernah dilihat.
Seni fotografi berkait rapat dengan kaedah ilmu yang lain,Pengaruh paling utama dengan media seni yang hampir sama iaitu lukisan.Bagi jurugambar pula perbezaannya amat ketara mengikut masa dan zaman, Dari era 30an hingga masa kini perbezaan yang amat ketara ialah dari segi peralatan dan daya kreativiti jurugambar itu sendiri.

No comments: