Saturday, August 1, 2015

SOGO kecoh lagi

11825071_1102212873135066_7146159363833720060_n
Kuala Lumpur-Gabungan kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "Demi Malaysia" tetap meneruskan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan walaupun telah diberi amaran oleh pihak polis.

Himpunan yang bermula jam dua petang dan diadakan dihadapan pusat beli belah Sogo itu disertai sekitar 100 orang peserta yang menyebabkan pusat beli belah berkenaan ditutup begitu juga dengan premis perniagaan yang berhampiran.
tangkap najib tangkap trak
Peserta himpunan turut melaungkan slogan #TangkapNajib sebelum pihak polis mengambil tindakan dan telah berlaku tangkapan sekurang-kurangnya seramai 26 orang dan dibawa ke ke IPK KL, IPD Petaling, IPD Briekfileld & IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Tuesday, July 7, 2015

Hotel Terbakar

SHAH ALAM: Peniaga serta pengunjung di bazaar ramadhan Seksyen 19, Shah Alam telah dikejutkan dengan bunyi letupan yang berpunca dari kebakaran yang berlaku di De Palma Hotel Seksyen 19 sebentar tadi yang menyebabkan keadaan panik seketika di
mana para peniaga bergegas meninggalkan gerai masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Dua buah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 dikerahkan untuk memadam kebakaran itu dan mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran itu.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih didalam siasatan pihak bomba serta pihak hotel.

Monday, June 29, 2015

GST Punca Kenaikan Harga Menu di Bazaar Ramadhan



Kenaikan kos sara hidup yang terus melambung tinggi pada ketika ini yang mungkin berpunca dari pelaksanaan GST serta kenaikan harga minyak , lebih ramai dilihat pada bulan Ramadhan kali ini memilih untuk memasak sendiri jika dibandingkan dengan membeli menu dan juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan atau juga dikenali dengan Pasar Ramadhan.

Terdapat juga yang tidak berkesempatan termasuk yang berhadapan dengan kekangan ataupun mahu memperlbagaikan menu berbuka puasa memilih untuk membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan mengeluh melihatkan harga yang dijual lebih mahal berbanding tahun-tahun yang sebelumnya yang mungkin berpunca daripada kenaikan harga tapak bazaar yang terus menaik serta pelaksanaan GST yang mungkin salah satu punca kenaikan harga setiap menu di bazaar.

Sesetengah peniaga sekarang mula menjual harga kuih contohnya sehingga RM2 untuk hanya 3 ketul kuih sahaja. Jikalau harga kuih tidak naik sekalipun akan kelihatan saiznya semakin mengecil dan kuantiti bahan yang digunakan semakin kurang yang akan menjejaskan keenakan kuih tersebut.

Friday, December 9, 2011

Made in studio Seksyen 8,Shah Alam...






Segala komen pasal gambar nie dialu alukan


                                                                                    

Wednesday, November 30, 2011

Majlis Perkahwinan Noorshazrina & Ahmad


                                     





 yg nie wedding anak kepada jeneral TUDM,tp aq dh lupe yg mne satu anaknye...papehal..segala comment sal gmbar ni diterima nan sepenuh hati

Friday, November 11, 2011

21.11.2011

Berderau darah aku
mengingati tarikh ini
pabila tiba saat dan detik ini
bagai air dikawah yang sedang mendidih
aku dicampak kedalamnya

walaupun lambat lagi
untuk meniti hari yang datang
bertempur dan berperang
untuk jaga nama keluarga dan sekolah

Sampai masanya
Tiba pula
Pembalasan aku kepada
Mak dan bapak aku

Oh!!!! STPM
ilmu yang aku himpun
akan jadi pedoman dan panduan
untuk berperang antara
kau dan aku
walaupun perit
aku teruskan jua
demi kejayaan
hari esok.....

Tuesday, November 8, 2011

mitos no. 13


ada yang tau knapa nombor 13 sering dikaikan dengan hal2 buruk? 
ataw ada yg punya cerita yg berkaitan dengan angka 13?
Ada beberapa nombor seperti nombor 13 dan 4, dianggap membawa pengaruh negatif bagi kehidupan, walaupun kadarnya bergantung dari yang bersifat fanatik sampai yang biasa-biasa saja, sering kita jumpai orang lebih cenderung menomori rumahnya dengan angka 12 B berbanding 13, kerana percaya bahawa angka 13 akan membawa malapetaka tersendiri bagi mereka.
Tak jelas bila-bila orang mula percaya dengan kekuatan baik dan buruk dalam sebuah nombor. Banyak dugaan yang menyangka bahawa Pythagoras, seorang seniman dan ahli falsafah Yunani pada abad VI SM secara tak langusung mendrong para pengikutnya melahirkan pemahaman baru lewat ilmu numerologi.
Pythagoras memandang alam berkait rapat dengan prinsip matematik, yang tak lain mengandungi pengertian nombor. Dengan menukar setiap unsur alam menjadi nombor, usaha untuk memahami sifat alam raya pun akan jadi lebih mudah. Dengan cara ini, boleh ditemui urutan dan aturan di sebalik ketidakberaturan alam, juga pengaruh yang dirasakan dalam diri manusia. Prinsip Pythagoras ini kemudian berkembang menjadi asas numerologi Barat, yang cenderung memandang nombor dengan pertimbangan jumlah variasi yang tak terhad.
Sebagai sebahagian dari alam, segala aspek kehidupan yang merangkumi manusia, seperti watak dan takdirnya, pun boleh dinyatakan dengan nombor. Numerologi bukan hanya digunakan untuk menentukan watak dan nasib, tetapi juga agar orang boleh menapaki jalan hidupnya dengan mudah dalam mencapai kejayaan.
Pola perputaran bumi tersebut identik dengan pendapat bahawa alam terdiri daripada sejumlah besar getaran gelombang yang memberikan pengaruh pada masing-masing individu secara berlainan. Alam raya seolah-olah alat muzik raksasa yang terus menggetarkan dawai dan menyuarakan anda yang berbeza dengan not dasar 1-9. Pengaruh tenaga di udara bebas yang dihasilkan boleh menimbulkan kesan yang berbeza bagi setiap orang, tempat atau benda.
Hampir sama dengan kebudayaan Barat, kebudayaan China juga menganggap bahawa angka 13 itu adalah angka pembawa sial. "Kalau nombor 1 dan 3 (13) dijumlahkan hasilnya 4. Dalam bahasa Cina nombor 4 bila diucapkan dengan intonasi yang berbeza boleh memberikan 2 makna iaitu empat dan mati, "ujar Kang Hong Kian, yang sering menjadi perunding dalam pelbagai bidang perniagaan. Tapi kemudian dia berkata lagi bahawa ehwal buruk yang konon ditimbulkan oleh angka 4 atau deretan nombor yang mengandungi angka tersebut boleh jadi kerana orang senang mencocok-cocokkan saja.
Itu sebabnya, ia merasa orang tak perlu takut dengan angka. "Kalau dikutak katik, semua nombor bererti sial. Taruhlah angka 0 yang meski bentuknya tidak terputus tapi dianggap tak punya nilai, kosong. Angka 1 bentuknya kurus, angka 2 seperti itik, jalannya lambat, nombor 3 tertawa bererti banyak membuang, 4 mati, terus saja jelek seperti itu, "katanya. Ditambah masyarakat sering menyebutkan angka dalam saat perasaan mereka kurang baik seperti 'Celaka 12' atau 'Pusing 7 Keliling,' maka orang pun terlanjur percaya bahawa nombor tersebut mengandungi erti buruk bagi kita.Padahal belum tentu lho ...

10 kisah cinta yg pling dikenali di dunia

1. romeo and Julliet


Romeo and Juliet adalah sebuah tragedi karya William Shakespeare, yang berada pada abad ke16.Tragedi ini mengisahkan sepasang mempelai muda yang saling jatuh cinta namun terhalang kerana kedua-dua keluarga mereka saling bermusuhan.yang berakhir pada kematian kedua-dua sepasang kekasih yang saling mencintai.kisah cinta ini mungkin paling terkenal di dunia sampai sekarang.

2. Peter Abelard dan Heloise


Petrus Abelard dan Heloise, abad ke12, Perancis. Teologi dan pensyarah Abelard berusia masih 17 tahun dan merupakan guru dari Heloise. Diam-diam mereka berkahwin, tapi bapa saudara Heloise mengetahui dan menyuruhnya dikebiri. namun Terlambat dan mereka sudah punya anak. mereka Dipisahkan oleh keluarga dan gereja-gereja, ia masuk biara, ia menjadi seorang biarawan, dan surat-surat cinta mereka masih ada. Mereka dikebumikan bersama-sama di Paris.

3. Shah Jahan dan Arjumand Banu Begum


Shah Jahan dan Arjumand Begum Bann, abad ke17, India. kerana kesedihan akibat isteri tercintanya meninggal dunia pada umur 39 saat melahirkan anak 14 mereka, ia menugaskan para bawahannya untuk membina taj mahal agar sang isteri dapat selalu dikenangnya. Putranya dan memenjarakannya dan dia menghabiskan sisa hidupnya menatap ke luar jendela biliknya di Taj, sambil merindukan Arjumand.

4. Kermit dan Miss Piggy


Kermit dan Miss Piggy, abad ke20, Amerika. miss piggy adalah pusat perhatian semua makhluk di sesame street.Miss piggy cinta berat sama kermit yang sangat percanggahan sama dirinya ... kecil, lemah dan sangat sederhana.Saking sayangnya Miss Piggy sama kermit sampai sering tidak sedar akibat kewujudan rasa sayangnya ... dia justru malah menyeksa kermit .

5. Robert dan Elizabeth Barrett Browning


Robert dan Elizabeth Barrett Browning, Abad 19, Inggeris. Elizabeth Barrett merupakan pujangga pada era Pergerakan Romantis, ia lahir pada tahun 1806 di Coxhoe Hall, Durham, Inggeris. Browning dan Barrett, yang enam tahun lebih tua dari Browning, saling berkirim surat hingga mencapai jumlah 574 pucuk surat selama 20 bulan. Kisah cinta mereka yang pahit kerana tidak mendapat restu dari ayah Barrrett. Elain tidak mendapat restu orang tua, meraka juga diuji dengan keadaan Barrett yang menderita kelainan paru-paru akut. Untuk mengurangkan rasa sakit yang ia derita, ia harus mengambil morfin sepanjang hidupnya. Pada tahun 1846, mereka memutuskan untuk berkahwin dan menetap di Florensia, Itali di mana kesihatan Barrett membaik dan ia melahirkan seorang putra bernama Robert Wideman Browning (Pen). Ayahnya tidak pernah berbicara lagi dengannya sejak saat itu. Karya Barrett "Sonnets from the portuguesse", ia dedikasikan untuk suaminya dan ditulis secara diam-diam sebelum ia berkahwin dan diterbitkan pada tahun 1850, merupakan karya yang dibbilang boleh menyandingi karya shakespeare.

6. Tristan dan Isolde


Tristan dan Isolde, 12th Century, Inggeris, Perancis, Jerman. Cerita ini mengisahkan liku-liku percintaan segi tiga di antara Tristan-Isolde-King Marke. Kisah yang diangkat dari zaman Medieval ini ternyata merupakan sebuah legenda yang ditulis ama seseorang bernama Thomas pada tahun 1165. cerita tentang seorang kesatria yang melepaskan cinta sejatinya untuk sang raja telah diceritakan dalam banyak bentuk. Walaupun mereka sudah berbeza, mereka tetap setia dan cinta kepada satu sama lain, dan bersatu kembali dalam kematian.

7. Rhett Butler dan Scarlett O'Hara


Cerita klasik karya Margaret Mitchell ini merupakan salah satu cerita paling romantis sepanjang masa.Kisah cinta antara Rhett Butler dan Scarlett O'Hara yang begitu menyentuh, tak lekang waktu, dan tetap melekat di hati setiap penggemarnya.cerita ini begitu rumit tentang cinta segitiga antara rhett, scarlet dan ashley.

8. Cinderella dan Prince Charming


Cinderella dan Putera Tampan, 17th Century, Perancis. Berdasarkan legenda Eropah Timur, pola dasar dari cinta romantis adalah untuk menghantar mesej kepada para wanita bahawa jika mata anda tetap terbuka, suatu hari nanti pangeran yang anda idam2kan anda akan datang.

9. Dante Alighieri dan Beatrice


Dante terkenal sebagai sasterawan era Renaissance dari Itali. Ia lahir dari keluarga kaya, dan hidup sebagai perwira, ahli politik, ahli falsafah, pujangga, pengusaha dan kekasih yg ideal.
Dante mencari cinta sejatinya ketika ia baru berumur 9 taon, dan ce pujaannya, Beatrice, baru berumur 8 taon. Cinta Dante pada Beatrice adalah love at first sight. Walaupun demikian, dia dan Beatrice lalu berpisah selama 9 taon, dan bahkan Beatrice akhirnya kawin dgn lelaki lain dalam usia muda, dan Dante juga kahwin dgn orang laen dlm usia muda.
Itu semua bukan problem bagi Dante. Dante bahkan memberi nama Beatrice utk anak gadisnya. Ketika Beatrice, wanita yg dikaguminya meninggal, Dante sangat terpukul dan memutuskan utk berhenti menulis.
Tetapi Beatrice kemudian muncul dalam mimpinya. Dalam mimpi itu, Beatrice berkata bahawa cinta sejati adalah abadi, tidak boleh diputuskan oleh maut. Dante, dipengaruhi oleh arwah Beatrice, akhirnya sedar bahawa dia mempunyai tugas utk mengajar pada orang lain bahawa cinta sejati ala Dante & Beatrice adalah inti kehidupan dunia ini.

10. Guinevere and Lancelot


cerita perselingkuhan tentang king arthur, Guinevere dan lancelot.cerita ini telah berkali-kali difilemkan dan merupakan cerita yang tragis yang berakhir pada kematian lancelot.

Salah satu terminologi / istilah yang paling popular dalam dunia fotografi digitaladalah megapixel. Setiap perbincangan atau perbahasan tentang fotografi digital,kameradigital mahupun digital imaging pasti melibatkan istilah ini. Tapi apa sih sebenernya megapixel itu,
apa masih sodaraan sama megawati? yuk kita bahasdari sudut pandang orang awam seperti saya


Sebuah image digital tersusun dari kumpulan titik-titik (dots) berbentuk kotak (square) yg sangat kecil yang bernama pixel, Setiap pixel mewakili warna dari bahagian terkecil suatu image digital, sila diingat bahawa pixel-pixel tersebut berbentuk kotak (square), jadi tidak akan ada kawasan kosong diantara pixel2 tersebut. Susunan pixel-pixel tersebutlah yg mengkombinasi (betul ga nih ejaan-nya) warna sebuah image, dari hanya dua warna sampaidengan16 juta warna, sebuah image yang hanya mengandungi teks boleh hanya mempunyai dua warna, background dan foreground. Sebuah gambar untuk web biasanya mengandungi 256 warna. manakala sebuah image gambar biasanya resolusi 16 juta warna. Jadi boleh dibilang, semakin banyak kandungan warna / resolusi-nya, menampakkan sebuah image akan semakin mirip gambar.

Resolusi sebuah image menunjukkan kepadatan pixel-nya. Semakin banyak / padat pixel dalam suatu image, akan tampak semakin halus dan semakin realistik. sebuah image dengan kepadatan rendah akan tampak kasar atau bergerigi. Ertinya, jika ingin mendapatkan gambar yg halus maka diperlukan kepadatan / resolusi yang tinggi.
Gambar gambar digital dengan kualiti standard, ertinya sama dengan kualiti kamera manual 35mm, sekurang-kurangnya memerlukan kepadatan 300 ppi (pixel per inch),
Kita ambil contoh misal kita akan mencetak gambar 4 inci, berukuran 4 × 5,75 inci, dengan kepadatan 300ppi, akan dihasilkan gambar beresolusi 4 (300) x5, 75 (300) = 1200 × 1725 pixel, itu ertinya diperlukan sekurang-kurangnya camera berukuran 1200 × 1725 = 2000070pixel atau 2 Megapixel
Dari keterangan di atas, Jika ingin menghasilkan gambar dengan kualiti sama kamera filem(Manual), kamera digital dengan resolusi 2 MP hanya boleh menghasilkan gambar dengan saiz resolusi 1200 × 1725. 

Monday, November 7, 2011

ANTARA-ANTARA ALASAN SEORANG WANITA APABILA DITEGUR OLEH SEORANG MUSLIM TENTANG AURAT MEREKA :



  •  "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
  •  "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..." Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
  •  "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?" Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
  •  "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?" Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
  •  " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...
  • Di bawah note ini, anda semua boleh melihat antara gambar-gambar yang dikongsi oleh si blogger...
Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.
Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda. Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan.

Robin Hood Yang Hilang


ni mmmg tgh boring tahap cipan dah ni. marilah kita meriiahkan suasana hari ini dgn puisi merapu...



Robin Hood Yang Hilang


Robin...
di mata mu kulihat ketumbit
Di tangan mu kulihat itik
Di kakimu kulihat selipar jepun
Dalam hening pagi yang indah
kau berjalan berseorangan
Mencari... mencari..
Dalam sesak debu kota
Itikmu lepas lari
susup sasap di bawah pagar
mencari kiambang bertaut di pinggir kali
Robin....
Penat sudah kau berjalan
nasi bekalmu sudah basi
namun aku masih di sini
menanti dengan penuh setia
dalam emosi yang bara
Robin, mereka sudah memanggil pulang
mengharap emas dari sebarang
namun tidak setahil ubi pun yg ada
Kenapa..??
Mengapa..??
Walau kau lambat tiba
Aku tetap menunggu
kerana ku tahu..
Traffic jam di mana-mana

Sekian, terima kasih.


x tau la pe yg d merapukan.....


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan
hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan
tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita
boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan
akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka
menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan
sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…