Saturday, August 1, 2015

SOGO kecoh lagi

11825071_1102212873135066_7146159363833720060_n
Kuala Lumpur-Gabungan kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "Demi Malaysia" tetap meneruskan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan walaupun telah diberi amaran oleh pihak polis.

Himpunan yang bermula jam dua petang dan diadakan dihadapan pusat beli belah Sogo itu disertai sekitar 100 orang peserta yang menyebabkan pusat beli belah berkenaan ditutup begitu juga dengan premis perniagaan yang berhampiran.
tangkap najib tangkap trak
Peserta himpunan turut melaungkan slogan #TangkapNajib sebelum pihak polis mengambil tindakan dan telah berlaku tangkapan sekurang-kurangnya seramai 26 orang dan dibawa ke ke IPK KL, IPD Petaling, IPD Briekfileld & IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Tuesday, July 7, 2015

Hotel Terbakar

SHAH ALAM: Peniaga serta pengunjung di bazaar ramadhan Seksyen 19, Shah Alam telah dikejutkan dengan bunyi letupan yang berpunca dari kebakaran yang berlaku di De Palma Hotel Seksyen 19 sebentar tadi yang menyebabkan keadaan panik seketika di
mana para peniaga bergegas meninggalkan gerai masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Dua buah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 dikerahkan untuk memadam kebakaran itu dan mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran itu.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih didalam siasatan pihak bomba serta pihak hotel.

Monday, June 29, 2015

GST Punca Kenaikan Harga Menu di Bazaar Ramadhan



Kenaikan kos sara hidup yang terus melambung tinggi pada ketika ini yang mungkin berpunca dari pelaksanaan GST serta kenaikan harga minyak , lebih ramai dilihat pada bulan Ramadhan kali ini memilih untuk memasak sendiri jika dibandingkan dengan membeli menu dan juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan atau juga dikenali dengan Pasar Ramadhan.

Terdapat juga yang tidak berkesempatan termasuk yang berhadapan dengan kekangan ataupun mahu memperlbagaikan menu berbuka puasa memilih untuk membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan mengeluh melihatkan harga yang dijual lebih mahal berbanding tahun-tahun yang sebelumnya yang mungkin berpunca daripada kenaikan harga tapak bazaar yang terus menaik serta pelaksanaan GST yang mungkin salah satu punca kenaikan harga setiap menu di bazaar.

Sesetengah peniaga sekarang mula menjual harga kuih contohnya sehingga RM2 untuk hanya 3 ketul kuih sahaja. Jikalau harga kuih tidak naik sekalipun akan kelihatan saiznya semakin mengecil dan kuantiti bahan yang digunakan semakin kurang yang akan menjejaskan keenakan kuih tersebut.